PRN11: BN Sarawak perlu menamakan lapan lagi calon

@ 2016-04-14

PRN11: BN Sarawak perlu menamakan lapan lagi calon

April 14, 2016, Thursday

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu mengumumkan lapan lagi calon untuk Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) selepas mengumumkan 74 calon setakat ini.

Lapan calon itu adalah bagi kerusi Tasik Biru, Krian, Meradong, Pakan, Meluan, Pelawan, Marudi dan Ba』Kelalan.

Enam daripada kerusi itu pernah ditandingi SPDP pada pilihan raya lalu, pada 2011, iaitu Tasik Biru, Krian, Pakan, Meluan, Marudi dan Ba』Kelalan manakala SUPP pernah bertanding di Meradong dan Pelawan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga pengerusi BN Sarawak telah me-wujudkan duluan dengan menamakan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual berme- syuarat di Kuching hari ini untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam pilihan raya yang akan menyaksikan pertan-dingan untuk 82 kerusi, lebih 11 daripada tahun 2011 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Berikut adalah senarai 74 calon yang diumumkan setakat ini:

1. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (PBB) – Tanjong Datu

2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) – Pantai Damai

3. Dr Hazland Abang Hipni (PBB) – Demak Laut

4. Fazruddin Abdul Rahman (PBB) – Tupong

5. Sharifah Hasidah Sa-yeed Aman Ghazali (PBB) – Samariang

6. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (PBB) – Satok

7. Peter Pau (SUPP) – Padungan

8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) – Pending

9. Sih Hua Tong (SUPP) – Batu Lintang

10. Wilfred Yap (SUPP) – Kota Sentosa

11. Lo Khere Chiang (SUPP) – Batu Kitang (kerusi baharu)

12. Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP) – Batu Kawah

13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) – Asajaya

14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) – Stakan (kerusi baharu)

15. Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB) – Tarat

16. Dato Sri Michael Manyin (PBB) – Tebedu

17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) – Kedup

18. Aidel Lariwoo (PBB) – Sadong Jaya

19. Datuk Mohd Na-roden Majais (PBB) – Gedong (kerusi baharu)

20. Datuk Julaihi Narawi (PBB) – Sebuyau

21. Simoi Peri (PBB) – Lingga

22. Razaili Gapor (PBB) – Beting Maro

23. Snowdan Lawan (PRS) – Balai Ringin

24. Datuk Mong Dagang (PRS) – Bukit Begunan

25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) – Simanggang

26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) – Batang Ai

27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) – Saribas

28. Gerald Rentap Jabu (PBB) – Layar

29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) – Bukit Saban

30. Datu Len Talif Salleh (PBB) – Kuala Rajang

31. Abdullah Saidol (PBB) – Semop

32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) – Repok

33. Alexander Vincent (PRS) – Ngemah

34. Allan Siden Gramong (PBB) – Machan

35. Chieng Buong Toon (SUPP) – Bukit Assek

36. Dr Annuar Rapa』ee (PBB) – Nangka

37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) – Dalat

38. Yussibnosh Balo (PBB) – Telian (kerusi baharu)

39. Abdul Yakub Arbi (PBB) – Balingian

40. Christopher Gira (PRS) – Tamin

41. John Sikie Tayai (PRS) – Kakus

42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) – Pelagus

43. Tan Sri Datuk Amar James Masing (PRS) – Baleh

44. Liwan Lagang (PRS) – Belaga

45. Chuk Pai (PRS) – Murum (kerusi baharu)

46. Datuk Talib Zulpilip (PBB) – Jepak

47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) – Kemena

48. Majang Renggie (PRS) – Samalaju (kerusi baharu)

49. Ripin Lamat (PBB) – Lambir

50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) – Piasau

51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) – Senadin

52. Dennis Ngau (PBB) – Telang Usan

53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) – Bukit Kota

54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB) – Bukit Sari

55. Paulus Palu Gumbang (TERAS/calon langsung) – Batu Danau

56. Rosey Yunus (TERAS/calon langsung) – Bekenu

57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) – Mambong

58. Dr Johnical Rayong Ngipa (UPP/calon langsung) – Engkilili

59. Datuk Idris Buang (PBB) – Muara Tuang

60. Awla Dris (PBB) – Simunjan

61. Shafie Ahmad (PBB) – Daro

62. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB) – Jemoreng

63. Mohd Chee Kadir (PBB) – Kabong (kerusi baharu)

64. Jefferson Jamit Unyat (PBB) – Bukit Goram (kerusi baharu)

65. Datuk Abdul Wahab Aziz (PBB) – Kalaka

66. Datuk Ambrose Blikau (PBB) – Katibas

67. Miro Simuh (PBB/calon langsung) – Serembu (kerusi baharu)

68. John Ilus (PBB/calon langsung) – Bukit Semuja (kerusi baharu)

69. Datuk Gerawat Gala (PBB/calon langsung) – Mulu (kerusi baharu)

70. Datuk Pau Chiong Ung (SPDP/calon langsung) – Tanjung Batu

71. Ranum Mina (UPP/calon langsung) – Opar

72. Datuk Tiong Thai King (UPP/calon langsung) – Dudong

73. Dato Sri Wong Soon Koh (UPP/calon langsung) – Bawang Assan

74. Datuk Hii King Chiong (UPP/calon langsung) – Pujut

Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden, 30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa ma-sing-masing Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna selama sembilan penggal.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komo-diti Persekutuan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dikatakan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika beliau me-menangi kerusi Bukit Saban. — Bernama


相关文章