Dewan Undangan Negeri Sarawak

@ 2016-04-10

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan Lokasi Kuching, Sarawak Pembinaan Tinggi 71

Dewan Undangan Negeri Sarawak atau DUN Sarawak terdiri daripada 71 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. DUN ini bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sejarah

Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.

Council Negri, kini dikenali dengan Dewan Undangan Negeri merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di Malaysia.

Kronologi

Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.

Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.

Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bergabung dengan Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.

Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:

「 Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia 」

SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

No. Dewan Undangan Negeri Anggota Parti (Campuran) BN 55 | PR 15 | Bebas 1 N1 Opar Ranum anak Mina BN-SUPP N2 Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie* BN-SPDP N3 Tanjung Datu Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem BN-PBB N4 Pantai Damai Dr. Abdul Rahman Junaidi BN-PBB N5 Demak Laut Dr.Hazland Bin Abang Hipni BN-PBB N6 Tupong Datuk Ir. Hj. Daud Abdul Rahman BN-PBB N7 Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN-PBB N8 Satok Datuk Amar Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari Tun Abg. Hj. Openg BN-PBB N9 Padungan Wong King Wei PR-DAP N10 Pending Violet Yong Wui Wui PR-DAP N11 Batu Lintang See Chee How PR-PKR N12 Kota Sentosa Chong Chieng Jen PR-DAP N13 Batu Kawa Christina Chiew Wang See PR-DAP N14 Asajaya Abd. Karim Rahman Hamzah BN-PBB N15 Muara Tuang Dato' Sri Mohamad Ali Mahmud BN-PBB N16 Bengoh Dr. Jerip ak. Susil BN-PBB N17 Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn BN-PBB N18 Tebedu Dato' Sri Michael Manyin ak. Jawong BN-PBB N19 Kedup Maclaine Ben @ Martin Ben BN-PBB N20 Sadong Aidel Bin Lariwoo BN-PBB N21 Simunjan Datuk Haji Mohd. Naroden b. Haji Majais BN-PBB N22 Sebuyau Haji Julaihi b. Haji Narawi BN-PBB N23 Lingga Hajjah Simoi Haji Peri BN-PBB N24 Beting-Maro Razaili Gapor BN-PBB N25 Balai Ringin Snowdan Lawan BN-PRS N26 Bukit Begunan Datuk Mong ak. Dagang BN-PRS N27 Simanggang Francis Harden ak. Hollis BN-SUPP N28 Engkilili Dr. Johnical Rayong Ngipa BN-SUPP N29 Batang Ai Malcom Mussen Lamoh BN-PRS N30 Saribas Ricky@Mohamad Razi Bin Sitam BN-PBB N31 Layar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang BN-PBB N32 Bukit Saban Robert Lawson Chuat ak. Vincent Entering BN-PBB N33 Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz BN-PBB N34 Krian Ali Anak Biju PR-PKR N35 Belawai Datu Len Talif Salleh BN-PBB N36 Semop Abdullah Saidol BN-PBB N37 Daro Murni Suhaili BN-PBB N38 Jemoreng Abu Seman Jahwie BN-PBB N39 Jepok Wong Hua Seh PR-DAP N40 Meradong Ting Tze Fui PR-DAP N41 Pakan Tan Sri William Mawan ak. Ikom BN-SPDP N42 Meluan Wong Judat BN-SPDP N43 Ngemah Alexander Vincent BN-PRS N44 Machan Gramong Juna BN-PBB N45 Bukit Assek Wong Ho Leng PR-DAP N46 Dudong Yap Hoi Liong PR-DAP N47 Bawang Assan Dato' Sri Wong Soon Koh BN-SUPP N48 Pelawan Wong Kee Woan PR-DAP N49 Nangka Dr Annuar Rapa'ee BN-PBB N50 Dalat Datuk Hajjah Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming BN-PBB N51 Balingian Yussibnosh Balo BN-PBB N52 Tamin Joseph Mauh ak Ikeh BN-PRS N53 Kakus John Sikie ak. Tayai BN-PRS N54 Pelagus George Lagong IND N55 Katibas Ambrose Blikau ak. Enturan BN-PBB N56 Baleh Tan Sri Dr. James Jemut ak. Masing BN-PRS N57 Belaga Liwan Lagang BN-PRS N58 Jepak Datuk Hj. Talib Zulpilip BN-PBB N59 Kidurong Chiew Chin Sing PR-DAP N60 Kemena Datuk Dr. Stephen Rundi ak. Utom BN-PBB N61 Bekenu Rosey binti Yunus* BN-SPDP N62 Lambir Ripin Lamat BN-PBB N63 Piasau Ling Sie Kiong PR-DAP N64 Pujut Fong Pau Teck PR-DAP N65 Senadin Datuk Lee Kim Shin BN-SUPP N66 Marudi Datuk Sylvester Entrie ak. Muran* BN-SPDP N67 Telang Usan Dennis Ngau BN-PBB N68 Bukit Kota Dr. Abdul Rahman Ismail BN-PBB N69 Batu Danau Palu @ Paulus ak. Gumbang* BN-SPDP N70 Ba'Kelalan Baru Bian PR-PKR N71 Bukit Sari Datuk Amar Hj. Awang Tengah b. Ali Hassan BN-PBB


相关文章